Page 15 - sejarah spm 2018 nota
P. 15
F4 kuil dan pagoda
H4a kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal,
ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama
H4d bentuknya tidak tetap bagi semua binaan dan tempat [mana-mana 8 x 1m = 8m]
Tamadun India.
1. Stupa Besar di Sanchi – tujuan keagamaan.
2. Great Bath – binaanya baik dan lengkap.
3. Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora – bercirikan agama Buddha/Hindu.
4. Menara pelbagai bentuk – kon, kubah dan pagod
SENI BINA TAMADUN MESOPOTAMIA
Seni bina
Seni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca. Seni bina mereka seperti
lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang kemudian dituru oleh orang Rom. Apabila
Mesopotamia diperintah oleh puak Chaldea yang menjadikan Babylon sebagai pusat pemerintahan (
yang bermula pada tahun 625 SM) sebagai dinasti yang akhir sekali memerintah zaman
keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya yang bernama Nebuchadnezzar telah
mengindahkan kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melalui seni bina iaitu dengan
membina banyak bangunan yang indah-indah yang dibuat dari tanah liat (tanah liat merupakan satu-
satunya bahan tempatan yang diperolehi di Mesopotamia pada masaitu) seperti kuil, pintu gerbang,
jambatan dan istana. Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan taman-taman bunga yang
indah. Inilah yang dinamakan Taman Tergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh benda
ajaib di dunia.
Jelaskan kepentingan zigurat kepada masyarakat Mesopotamia. [2m]
F1 pusat ibadat
F2 pusat perdagangan
F3 pusat penyimpanan khazanah negara
15