Page 10 - sejarah spm 2018 nota
P. 10
1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja (Monarki).
Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot
Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad.
Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki.
3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat
memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.
4. Berlakunya rampasan kuasa
kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi
maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera.
5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi
tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.
Pemerintahan demokrasi yang ditadbir oleh rakyat yang dipih oleh rakyat melalui pilihanraya
► Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi di Athens dan sistem
Pemerintahan krtrntrraan di Sparta dalam Tamadun Yunani
a. Ciri-ciri sistem Demokrasi Athens*****2018
1. Terdapat Dewan perhimpunan dan Majlis.
2. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan
Perhimpunan antara 6 bulan hingga 1 tahun.
3. Dewan perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan.
4. Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
5. Tetapi Segala keputusan dewan dikendalikan oleh majlis.
6. Dewan perhimpunan mempunyai kuasa penuh terhadap ahli majlis, majistret dan
juri kerana mereka Dilantik oleh dewan perhimpunan.
b. Sistem Pemerintahan Ketenteraan Di Sparta
1. Di Spartha sistem pemerintahan tentera diamalkan.
2. Sistem pertahanan diberi perhatian yang penting.
3. Anak lelaki di latih sejak kanak2 untuk menjadi askar yang baik dan berjaya melahirkan
tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.
b) Latar belakang pembentukan Republik Tamadun Rom.****2018
1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin
tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Rom membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M
► Apakah Maksud Sistem Republik?
1. Negara yang diperintah presiden yang dipilih rakyat melalui pilihan raya.
10