Page 6 - sejarah spm 2018 nota
P. 6
e. Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia hari
ini. *****2018
1. Seni bina
Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan
penasihat firaun ).
Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.
2. Kertas :
Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu
bata.
3. Tulisan :
Tulisan hiegrolif terpahat pada makam dan batu.
Tulisannya amat halus, cantik dan seni.
4. Pendidikan ;
Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.
5. Ilmu perubatan :
Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.
6. Ilmu Matematik :
Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, mengawal bekalan air
dari Sg. Nil, membina bangunan dan pyramid.
Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian
hasil kemajuan pengairan .
Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan
12 bulan setahun .
6