Page 4 - sejarah spm 2018 nota
P. 4
5. Seni bina : *****2018
Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .
MESIR PURBA ******2018
a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba .
1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .
2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .
3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan .
b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku.
1. Bermula daripada zaman Neolitik .
2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan
keruntuhan .
4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani
dan Rom.
c. Huraikan Proses pembentukan Tamadun Mesir Purba (*******2018)
1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .
2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan .
3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .
4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes
membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .
d. Huraikan Ciri-ciri ketamudunan yang terdapat di Tamadun Mesir Purba /
Keistimewaan Tamadun Mesir Purba *****2018
1. Pusat pentadbiran Firaun :
Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan.
4