Page 8 - sejarah spm 2018 nota
P. 8

  Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar

                       pada suhu tinggi.
                     Mereka mempunyai teknologi pembinaan

                     Sifat keterbukaan
                     Keamanan dalam negara

               2. Organisasi sosial :

                  Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
                  Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
                  Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
                  Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
                  Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
                  Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
                  Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.


               3. Pengkhususan pekerjaan :

                  Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
                  Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
                  Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
                  Petani menanam barli dan kacang.
                  Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.



               4. Amalan agama :

                  Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa
                  Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
                  Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.
               5. Sistem tulisan :

                  Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.


               Apakah sumbangan tamadun Indus. **********2018

               1. Perancangan Bandar :

                  Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
                  Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
                  Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.


               2. Sifat keterbukaan :

                  Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
                  Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.

                                                              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13