Page 3 - sejarah spm 2018 nota
P. 3

3. Sistem pemerintahan :

                     Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
                     Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad

                       yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
                     Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .

                     Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
                     Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .

                     Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
                     Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

               4. Pengkhususan kerja :
                     Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .

                     Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .

                     Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
                     Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
                     Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian

                       mereka

                     Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
                     Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .

               5. Sistem Tulisan :
                     Ia bermula dalam bentuk gambar .

                     Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
                     Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

               b. Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia . **** 2018 (JUN- SUMBANGAN) (/)
               1. Kod Undang –undang Hammurabi : ****2018

                     Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
                     Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .

                     Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis

                       masyarakat .
                     Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
                     Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .

                     Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan

                       membawa perpaduan .

                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8