Page 94 - sejarah spm 2018 nota
P. 94
Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan
Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):*****2018
• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk
membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
• Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang
Melayu, Sabah dan Sarawak.
• Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
• Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi
memajukan diri dan bangsa.
• Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh
Semanjung Tanah Melayu.
• Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan
mempunyai perlembagaannya sendiri.
• Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.
KBAT
Pada pendapat anda apakah peranan PASPAM dalam perjuangan nasionalisme.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):******2018
• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
• Bersifat radikal dan anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari
Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM telah menubuhkan
cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang
dikenali tentera semut
94