Page 99 - sejarah spm 2018 nota
P. 99
Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan
bangsa bagi generasi muda.
b. Anak Mat Lela Gila
Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
Menghargai warisan bangsa sendiri.
Mencintai tanah air.
Menolak kesenangan demi maruah bangsa.
c. Putera Gunung Tahan
Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
Mencintai tanah air.
Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan
maruah bangsa.
d. Melor Kuala Lumpur
Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.
b. Bagaimanakah akhbar dan majalah dapat membentuk negara dan bangsa Malaysia
Memupuk semangat patriotik membina jati diri bangsa
Meningkatkan tahap intelektual rakyat Menyebar idea2 baru
menjana perkembangan ekonomi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
menyebarkan ilmu pengetahuan mengetahui isu2 penting di peringkat global
c. Akhbar dan majalah masih relaven digunakan untuk meningkatkan semangat patriotism. Berikan
alasan anda
Kos masih murah mampu dibeli oleh semua Maklumat tepat dan terkini
Mudah diperolehi Mudah dibawa ke mana sahaja Rakyat masih berminat membaca
PERJUANGAN MELALUI PERSATUAN NEGERI******
1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Pengasas – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
Tujuan – menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
99