Page 103 - sejarah spm 2018 nota
P. 103
2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
Berbangsa Melayu.
Lelaki.
Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.
3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu,
rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.
5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh Sultan.
6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk
mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat,
menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan dengan negeri lain.
8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan
negeri kepada kuasa lain.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
1. Perlantikan Raja 2. Syarat menjadi Raja 3. Waris takhta 4. Tertib Raja
5. Zuriat Sultan 6. Raja yang belum cukup umur. 7. Tegahan kepada raja
8. Sara hidup kerabat iraja 9. Menteri 10. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
11. Tanggungjawab pembesar 12. Kedudukan Agama Islam 13. Ketaatan kepada pemerintah
14. Kesalahan khianat kepada negeri 15. Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
16. Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan 17. Mengadakan perjanjian
18. Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.
KBAT
Bagaimanakah fasal-fasal undang-undang tubuh kerajaan boleh bantu mengekalkan kedaulatan
negeri Terengganu? bukan mahukan fasal tetapi bagaimana……….
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
103