Page 106 - sejarah spm 2018 nota
P. 106

► KBAT: Apakah peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih.

               1. Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
               2. Semangat gotong royong, dalam sebarang pekerjaan.

               3. Saling menghormati di antara satu sama lain.
               4. Bermuafakat untuk memilih pemimpin.

               5. Semangat bekerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.


               Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Melayu
               Pada Abad Ke 19.

               Isi-isi :
               Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

               Bersifat Matriachal/Patriachal :

               Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
                   o  Kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta
                   o  Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu

                   o  Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.

               Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga
                   o  Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta

                   o  Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.
                   o  Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

               Perkahwinan :
               Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda

                   o  bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
                   o  tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.

               Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal
               bersama keluarga suami.

               Taraf perkahwinan :
                   o  Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.

                   o  Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak
                       melanggar hukum syarak.

               Pentadbiran :
               Adat Perpatih bersifat demokrasi : (KEPUTUSAN ATAS PERSETUJUAN SEMUA)


                                                             106
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111