Page 107 - sejarah spm 2018 nota
P. 107

o  kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut Buapa, Lembaga Undang  YDPB

                   o  Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
                   o  Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang

                       memilih Yang Di Pertuan Besar.
               Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :

                   o  hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.
                   o  pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.

                   o  sultan melantik pembesar
                   o  pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung

                   o  sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara
                   o  anak lelaki sultan adalah pewaris takhta

                   o  sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta

               Perundangan :
               Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan
               masyarakat

                   o  kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi

                   o  ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau
                       kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan

                       pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
                   o  Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh

               Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
                   o  hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.

                   o  Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.
               Pembahagian Harta :

               Dalam Adat Perpatih Harta Milik Keluarga :
                   o  Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas

                       wujudnya suku.
                   o  Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.

                   o  Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku
                       perceraian harta dibahagi dua.

                   o  Harta dapatan : harta sedia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta
                       kekal di tangan isteri.


                                                             107
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112