Page 105 - sejarah spm 2018 nota
P. 105
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
SISTEM DEMOKRASI DI NEGERI SEMBILAN ******2018
► Apakah gelaran tertinggi pemerintah di Negeri Sembilan.
Gelaran iailah Yang Dipertuan Besar.
► Terangkan peranan Undang dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan
1. Undang dipertanggungjawab melantik Yang Dipertua Besar.
2. Menjadi perunding dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar.
3. Menjadi ketua luak.
► Senaraikan empat luak utama di Negeri Sembilan.
1. Rembau 2. Johol 3. Sungai Ujong 4. Jelebu
► Jelaskan unsur @ ciri-ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan di
Negeri Sembilan.
1. Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan adat pepatih, iaitu
kedaulatan berada di tangan rakyat.
2. Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah :
Anak Buah Buapak Lembaga Undang Yang Dipertuan Besar.
3. Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah walaupun
Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
4. Setiap keputusan yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda
dengan Undang.
5. Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga.
6. Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
7. Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat
bertanggungjawab terhadap suku masing- masing.
8. Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
9. Buapak merupakan Ketua Perut menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah,
khususnya,yang berkaitan dengan adat..
10. Setiap anggota Perut dikenali sbagai Anak Buah.
11. Sistem mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat menunjukkan sistem
pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi.
105