Page 101 - sejarah spm 2018 nota
P. 101
• Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
Kedaulatan
• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
• Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
• Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.
• Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah.
Lambang-lambang
• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.
• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan Negara dan bangsa.
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna,
bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.
Undang-undang
• Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.
• Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
• Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan
kerakyatan diterima oleh mesyarakat.
• Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum adat tempatan
dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka
*mengandungi 44 fasa.
• Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
*serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
• Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam,
*undang-uandang keluarga dan lain lain.
Undang-undang Laut Melaka
• Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut
* seperti tanggungjawab pengawal kapal,
*atur cara pelayaran, perniagaan,
* bidang kuasa nakhhoda kapal dan
*hukuman bagi kesalahan jenayah di atas kapal.
101