Page 510 - qiraat sab'ah
P. 510
Syarah Al-Syatibi
ا
* مهـنعو
َ ُ َْ َ
Abu Amru dan al-Bazzi juga membaca sebagaimana bacaan Warsh pada bacaan
kedua mereka iaitu dengan tashil.
* نكسم فقو
ِ
ِ
ا
ً
ْ
ْ ُ
َ
Abu Amru, Al-Bazzi dan Warsh membaca ketika waqaf dengan mengibdal
(menukar) huruf hamzah (ء) kepada huruf ya` (ي) sakinah (mati) beserta dengan
mad huruf alif (ا) selepasnya serta dipanjangkan dengan enam harakat. Mereka
juga mengharuskan bacaan ketika waqaf dengan raum bersama tashil huruf
hamzah (ء).
* ل ُ بِ هيكاز زمْلَاو
ِ ِ ِ
َ ِ
َ َُْ َ
Qanbul dan Qalun membaca dengan tahqiq huruf hamzah (ء) ketika wasal dan
juga waqaf.
Kesimpulan bacaan pada kalimah “ “sebagaimana berikut:
i. Abu Amru dan al-Bazzi membaca dengan hazaf (buang) huruf ya` (ي) dan
mereka membaca pada huruf hanzah dengan dua wajah:
• Ibdal (tukar) huruf hamzah kepada huruf ya`(ي) sakinah (mati)
beserta dengan mad huruf alif (ا) selepasnya dan dipanjangkan
dengan enam harakat.
• Tashil huruf hamzah (ء) dan dipanjangkan huruf alif (ا) dengan qasr
(dua harakat) dan tawassut (empat harakat).
ii. Warsh membaca dengan hazaf (buang) huruf ya` (ي) dan di tashilkan
huruf hamzah (ء) dengan ishba` (enam harakat) dan qasr (dua harakat)
ketika wasal.
• Ketika waqaf pula Abu Amru, al-Bazzi dan Warsh membaca dengan
dua wajah:
- Ibdal (tukar) hamzah (ء) kepada huruf ya` (ا) sakinah (mati)
dengan mad mushaba` (enam harakat) pada huruf alif (ا).
- Bacaan dengan raum beserta dengan tashil dan dipanjang
dengan qasr (dua harakat) dan mad (mengikut kadar hokum mad
antara qurra`).
[491]