Page 10 - AMALI 3 ebook MUHAMAD AFI ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN
P. 10
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
Untuk ujian larutan metilena biru.
Warna larutan metilena Warna larutan metilena Warna larutan
biru 0.1% dalam biru 0.1% dalam sampel metilena biru 0.1%
Masa
sampel air A air B dalam sampel air C
1 hari Biru Biru Biru
2 hari Biru Biru Biru
3 hari Jernih Biru Biru
4 hari Jernih Jernih Biru
5 hari Jernih Jernih Luntur sedikit
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan ujian kualiti bagi air yang dijalankan, hanya sampel C iaitu air paip
kerajaan sahaja yang boleh dikatakan berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana mengambil
kira aspek rupa fizikal air. Air yang jernih selalunya bermaksud air yang bersih, manakala air yang
keruh ataupun berwarna mungkin disebabkan oleh pencemaran akibat benda-asing ataupun
organisma. Selain itu, aspek bau dan rasa air. Air yang berbau busuk ataupun tidak
menyenangkan mungkin disebabkan oleh pencemaran terutamanya pencemaran bahan organik
disebabkan oleh penguraian organisma ataupun tumbuhan yang mati. Bau busuk juga boleh
disebabkkan oleh kandungan sulfur di dalam air yang wujud secara semulajadi. Air yang berbau
klorin adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan melainkan jika ianya terlalu kuat. Air yang
tercemar boleh menyebabkan rasa air tidak menyenangkan seperti rasa sabun, terlalu payau dan
lain-lain. Rasa sabun mungkin disebabkan oleh air terlalu beralkali dan terlalu payau mungkin
disebabkan kandungan mineral garam yang tinggi.
Tidak dapat dinafikan kepentingan air bagi sampel A dan sampel B iaitu air longkang dan
air sungai. Hal ini kerana pemprosesan air paip kerajaan yang dirawat juga berasal daripada air
tersebut. Air yang dirawat adalah air yang telah menjalani proses pembersihan dari bahan-bahan
pencemar untuk tujuan digunakan oleh manusia termasuk minum. Sumber air yang dirawat ini
mungkin dari air mentah iaitu air semulajadi seperti air hujan, air sungai, air tasik dan air di dalam
tanah ataupun air yang telah digunakan oleh manusia. Air yang telah digunakan oleh manusia