Page 11 - AMALI 3 ebook MUHAMAD AFI ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN
P. 11
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
dikenali sebagai air sisa atau kumbahan. Di setengah negara seperti Singapura, air kumbahan
dirawat dan dikitar semula supaya boleh digunakan untuk minum, melalui program yang dikenali
sebagai NEWater. Di Malaysia, disebabkan oleh sumber air yang mencukupi, mungkin belum
sampai ke tahap seperti di Singapura. Bahan-bahan yang dikeluarkan semasa proses rawatan
ini adalah seperti bahan pepejal, bakteria, algae, virus, kulat, bahan-bahan mineral tertentu
seperti besi dan manganese. Proses merawat air boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan
ianya terbahagi kepada kaedah mekanikal, kaedah fizikal, kaedah biological dan juga kaedah
kimia.
Oleh sebab itulah air kumbahan (air longkang) dan air mentah (air sungai) yang dijadikan
sampel dalam ujian makmal bagi air ini adalah penting untuk kita menjaga kualitinya. Oleh sebab
itulah kita harus menjaga kebersihan longkang. Pembersihan sungai tidak akan dapat
menyelesaikan masalah pencemaran sungai jika longkang-longkang masih kotor. Pembersihan
sungai sebenarnya adalah pembersihan laut manakala pembersihan longkang itu sebenarnya
membersihkan sungai memandangkan air dari longkang akan mengalir ke sungai.