Page 16 - AMALI 3 ebook MUHAMAD AFI ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN
P. 16
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
DO (Dissolved Oxygen / Oxygen Demand) adalah kandungan oksigen yang terlarut di
dalam air sungai sebagai parameter untuk mengukur kualiti air itu sendiri. Jika nilai DO pada air
sungai semakin tinggi maka kualitinya akan semakin baik. Ianya berbeza dengan BOD (Biological
Oxygen Demand) iaitu jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk
mengurai bahan organik di dalam air. Jika nilai BOD air sungai semakin tinggi maka semakin
rendah kualiti airnya. DO dan BOD saling berkaitan kerana apabila nilai BOD tinggi ia akan
menurunkan nilai DO kerana terdapat banyak kandungan mikroorganisma di dalam air sungai.
Level Nilai BOD (mg/L) Kualitas Air
Hijau 1 – 2 Sangat Baik
Kuning 3 – 5 Baik
Jingga 6 – 9 Mengandung Polusi
Merah > 100 Sangat Buruk dan Tercemar
COD (Chemical Oxygen Demand) pula merupakan jumlah oksigen yang diperlukan untuk
mengoksidakan bahan organic di dalam air sungai. Untuk nilai COD juga ianya akan terbalik
dengan OD. Jika nilai COD air sungai semakin tinggi maka semakin rendah kualiti airnya.
Dapatan nilai BO, BOD dan COD yang terdapat pada suatu air akan mempengaruhi kualiti air
tersebut untuk kita tentukan baik atau tidak air yang akan kita gunakan.
Dalam eksperimen ini, penilaian tahap pencemaran pencemaran sampel air juga
dilakukan berdasarkan parameter kimia iaitu ujian Oksigen Terlarut (DO) dan Permintaan
Oksigen Biokimia (BOD) dengan menggunaan larutan metilena biru 0.1%. Metilena biru
merupakan salah satu indikator yang boleh digunakan untuk mengesan atau menguji kehadiran
jumlah oksigen di dalam sampel air. Larutan metilena biru ini akan kekal biru apabila oksigen
hadir dalam sampel air dan ianya akan dilunturkan sekiranya tiada oksigen di dalam sampel air
tersebut. Larutan yang mengandungi metilena biru sebagai penunjuk akan bertukar menjadi biru
sekiranya ia penuh dengan kandungan oksigen terlarut (Chem, t.t).
Bahan kimia yang mengoksida seperti oksigen dan klorin akan mengambil elektron
daripada atom kepada sebatian yang lain (C G Joseph, L Elilarasi, 2017). Sebatian kimia yang
mempunyai daya tarikan yang kuat dapat menarik elektron dengan senaang dapat dikelaskan