Page 17 - AMALI 3 ebook MUHAMAD AFI ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN
P. 17
AMALI 3 SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
sebagai agen pengoksidaan. Dalam hal ini, oksigen bertindak sebagai agen pengoksidaan.
Oksigen menarik elektron daripada sebatian metilena biru menjadikan agen pengoksidaan itu
sendiri berwarna biru. Oleh sebab itu, sekiranya oksigen dibuang daripada larutan tersebut,
warna biru larutan tersebut akan hilang dan menjadi tidak berwarna.
Ujian dilakukan selama 5 hari untuk menguji jumlah kehadiran jumlah oksigen terlarut di
dalam sampel air. Jika warna larutan metilena biru cepat dilunturkan maka jumlah oksigen yang
terlarut (DO) di dalam sampel air adalah rendah dan kemungkinan sampel air tersebut sangat
tercemar. Pencemaran mungkin hadir daripada bahan organik yang mendorong pertumbuhan
pengurai. Maka, jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma (BOD) untuk
mengurai bahan organik di dalam air menjadi tinggi. Semakin tinggi nilai BOD semakin rendah
kualiti air. Sebaliknya, jika warna larutan metilena biru lambat dilunturkan maka jumlah oksigen
yang terlarut (DO) di dalam sampel air adalah tinggi. maka, nilai BOD akan rendah dan kualliti air
adalah tinggi.
Daripada ujian yang dijalankan warna larutan metilena biru dalam sampel air A iaitu air
longkang paling cepat dilunturkan selama 3 hari. Hal ini menunjukkan nilai BOD yang paling
tinggi. Maka air longkang adalah air yang paling tercemar.
Level Nilai BOD (mg/L) Kualitas Air
Hijau 1 – 2 Sangat Baik Air paip kerajaan
Kuning 3 – 5 Baik
Air sungai
Jingga 6 – 9 Mengandung Polusi
Merah > 100 Sangat Buruk dan Tercemar Air longkang