Page 136 - 5_6125327253401239595
P. 136
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
7. AJK PENGURUSAN KEBERSIHAN KELAS
A. SENARAI TUGAS
Merancang aktiviti kebersihan dan keceriaan kelas
Melaksanakan aktiviti kebersihan dan keceriaan kelas
Menyelaras aktiviti Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan setiap
minggu dan dilaporkan didalam Perhimpunan Mingguan
Menyediakan instrumen penilaian kebersihan dan keceriaan kelas
Merekodkan semua keputusan kebersihan dan keceriaan kelas
sebagai rujukan data untuk tindakan seterusnya
Mengenalpasti kelemahan dan kegagalan kelas mencapai tahap
kebersihan dan keceriaan yang ditetapkan seterusnya menjalankan
perbincangan dengan guru tingkatan untuk mempertingkatkanya
Menjalankan aktiviti pembudayaan kebersihan dan keceriaan kelas
dalam kalangan murid di sekolah
Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM aktiviti kebersihaan dan
keceriaan kelas
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
6.14 JAWATANKUASA KESIHATAN
FUNGSI JAWATANKUASA :
1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan
Kesihatan Murid
2. Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan
perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid.
3. Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di
sekolah.
4. Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat
Kesihatan serta agensi - agensi lain.
5. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti - aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
6. Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan
Sekolah.
7. Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien.
8. Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian
dengan keperluan murid dan situasi setempat.
9. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan
murid di sekolah.
10. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program
Kesihatan Sekolah.
11. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.
12. Meningkatkan kerjasama dengan agensi - agensi yang berkaitan.
13. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.
14. Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa
136
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan