Page 138 - 5_6125327253401239595
P. 138
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
4. AHLI JAWATANKUASA PENDIDIKAN KESIHATAN
A. SENARAI TUGAS
Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pendidikan
Kesihatan
Merancang program pendidikan dan penjagaan kesihatan yang
memberikan manfaat kepada warga sekolah.
Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat
Kesihatan serta agensi - agensi lain.
Menyelaras dan melaksanakan aktiviti - aktiviti Program Pendidikan
Kesihatan Sekolah.
Menyebarkan maklumat berkaitan pendidikan kesihatan secara
menyeluruh, sistematik dan efisien.
Menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan
keperluan murid dan situasi setempat.
Bersama ahli jawatankuasa melaksanakan dasar kesihatan yang
berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
Membuat pemantauan keberkesanan Pelaksanaan Pendidikan
Kesihatan murid
Menyelaras penyediaan laporan tahunan berkala.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
5. AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MURID ASRAMA KE KLINIK
A. SENARAI TUGAS
Bertanggungjawab menguruskan murid ke klinik untuk mendapatkan
khidmat kesihatan
Merekodkan maklumat murid ke klinik
Melaporkan data jumlah murid ke klinik setiap minggu kepada Guru
Bertugas
Mengambil tindakan terhadap muid selepas murid balik daripada klinik
Merujuk kepada Penolong Kanan HEM jika melibatkan Cuti Sakit murid
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
6.15 JAWATANKUASA SARANA & KSIB
FUNGSI JAWATANKUASA :
1. Membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti, Alumni dan Sekolah
bagi berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak.
2. Mengenalpasti individu atau agensi yang berpotensi membantu keberkesanan
aktiviti pembelajaran di sekolah dan luar sekolah.
3. Membuat pelan tindakan aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah
bersama - sama guru yang berkaitan.
4. Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali dan
bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan
5. Menyelaras aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah
6. Membuat kunjungan muhibbah ke rumah ahli PIBG yang mempunyai anak
bermasalah disiplin / akademik / kesihatan dan lain-lain.
138
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan