Page 147 - 5_6125327253401239595
P. 147
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
7.2 MAJLIS SUKAN SEKOLAH
FUNGSI JAWATANKUASA :
1. Bertanggungjawab untuk melaksanakan urusan sukan serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
2. Membina Dasar Pengurusan Sukan diperingkat sekolah
3. Merancang aktiviti sukan di peringkat sekolah
4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan
5. Menyelaras pembentukan pasukan sekolah
6. Menetapkan garis panduan pengurusan sukan di sekolah
7. Menyelesaikan isu – isu berkaitan pengurusan sukan dan mencadangkan
strategi menangani isu
8. Mewartakan dasar dan ketetapan yang telah dibuat
9. Mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan
10. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di
sekolah.
11. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
12. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus
dalaman/luaran.
13. Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa
1. SETIAUSAHA SUKAN
A. SENARAI TUGAS
Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta
pekeliling - pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD / MSSN / MSSM.
Membantu Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam
pengagihan tugas kepada guru - guru, perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pelajar dalam sukan dan permainan.
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan
Permainan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan
peralatan berkaitan sukan dan permainan.
Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke
pertandingan aktiviti sukan di luar sekolah.
Menentukan langkah - langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan
permainan dipatuhi
Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan
sukan.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Memastikan borang - borang berkaitan sukan yang digunakan
dikemaskinikan dan mencukupi.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah
dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
146
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan