Page 98 - 5_6125327253401239595
P. 98
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
5.7 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM
FUNGSI JAWATANKUASA :
1. Merancang program mempromosikan Budaya Membaca dalam kalangan
murid dan guru
2. Merancang aktiviti yang dapat meningkatkan jumlah bahan bacaan murid
3. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
4. Mentadbir dan mengurus data NILAM
5. Menetapkan petunjuk kejayaan program NILAM diperingkat sekolah
6. Menganalisis data rekod membaca murid dan guru
7. Melaporkan prestasi program NILAM kepada PKG Ampangan jika perlu
8. Melaksanakan mesyuarat perancangan aktiviti program NILAM
9. Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa
1. PENYELARAS NILAM
A. SENARAI TUGAS
Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap
awal tahun.
Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang
hendak dilaksanakan.
Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
Memastikan program berjalan dengan lancar.
Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat
sekolah.
Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM
peringkat negeri.
Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua
/ Guru Besar.
Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat
atau diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
2. AHLI JAWATANKUASA NILAM
A. SENARAI TUGAS
Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal - hal yang berkaitan.
Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
Mengumpulkan maklumat ( kertas kerja, laporan, bahan, data ) dan
menyerahkan kepada penyelaras program.
Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk
dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada
Pengerusi.
Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
90
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan