Page 103 - 5_6125327253401239595
P. 103
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif untuk
memastikan murid - murid dapat memahami pelajaran yang diajar.
Memeriksa buku latihan murid masing - masing dan memulangkan
dengan segera selepas semakan / pemeriksaan untuk tugas
selanjutnya. Pastikan murid membuat kerja pembetulan sebelum
latihan selanjutnya.
Menggubal soalan peperiksaan prestasi.
Memeriksa skrip jawapan murid.
Memeriksa kerja kursus murid.
Menghantar buku latihan / nota kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia
untuk semakan atau pemeriksaan apabila dikehendaki.
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan pengajaran di
makmal, bengkel atau semasa membuat kerja-kerja luar bilik darjah.
Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan
meluas. Guru hendaklah memastikan keselamatan alat-alat bantu
mengajar dan membantu Guru Pengawas Pusat Sumber dalam
menjaga keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat serta
bilik sumber.
Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat
Pendidikan Daerah dan Sekolah.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
5.11 GURU TINGKATAN
1. GURU TINGKATAN / GURU KELAS
A. SENARAI TUGAS
1. Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru
Daftar pelajar baru, Mendaftarkan murid di dalam sistem APDM
Dapatkan nombor pendaftaran daripada Guru Data dan isi maklumat
pelajar ke dalam buku pendaftaran. Tarikh pendaftaran mestilah
mengikut tarikh hari pertama pelajar hadir ke sekolah.
Menyemak dokumen / maklumat peribadi pelajar seperti Borang
Maklumat Murid. Jika tiada fail peibadi dibawa bersama / tidak diterima
dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat susulan
memohon maklumat / fail peribadi murid daripada sekolah asal.
Maklumat seperti Sijil Berhenti Sekolah, Surat Tukar Sekolah,
maklumat ibu bapa dan lain – lain
2. Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri
Ibu bapa / waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa
pengetua / PK HEM terlebih dahulu seterusnya mendapatkan borang
pertukaran daripada pejabat . Broang yang dilengkapkan perlu dihantar
ke pejabat untuk dipanjangkan ke BPTV
104
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan