Page 106 - 5_6125327253401239595
P. 106
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
XI. Menulis bilangan murid yang keluar
XII. Menulis bilangan murid pada akhir bulan
XIII. Menulis hitung panjang ramai murid
XIV. Tandatangan guru tingkatan
Semakan JKM akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap
bulan. Borang semakan diserahkan kepada PK HEM.
Penyelaras Tingkatan akan mengambilalih tugas guru tingkatan
apabila guru tingkatan tiada di sekoah. Guru tingkatan perlu
memaklumkan kepada penyelaras tingkatan sekiranya mempunyai
maklumat awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal
rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru tingkatan atau penyelia
tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini.
Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan
I. Semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember
telah dilengkapkan
II. Semua nombor resit yuran dan pembayaran
lengkapkemaskini
III. Semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun
lengkap dan ditandatangani
IV. Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir
Persekolahan
5. Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas
Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan
melaporkan Mengenai kerosakan dengan segera kepada pihak
sekolah, JK Pembangunan dan Penyelenggaraan, Pegawai Perabot
dan Penolong Jurutera supaya tindakan dapat diambil.
Memastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik
serta selamat.
Melengkapkan borang dan memastikan perkara - perkara di dalam
daftar inventori dipatuhi.
Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak
perlu dimaklumkan kepada Pegawai Perabot
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang
keselamatan di dalam kelas.
Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan.
Melaporkan kemalangan yang berlaku.
6. Disiplin
Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan
guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu
melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran
disiplin dan tindakan yang dilakukan di dalam Sistem Sahsiah dan
Disiplin Murid ( SSDM ). Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan.
107
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan