Page 111 - 5_6125327253401239595
P. 111
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
6.1 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HEM
FUNGSI JAWATANKUASA :
1. Bertanggungjawab untuk melaksanakan urusan pentadbiran Hal Ehwal Murid
serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan.
2. Membina Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid di peringkat sekolah
3. Menetapkan garis panduan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah
4. Menyelesaikan isu – isu berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid dan
mencadangkan strategi menangani isu
5. Mewartakan dasar dan ketetapan yang telah dibuat
6. Mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan
7. Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
oleh Pengetua dari semasa ke semasa
1. SETIAUSAHA JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
A. SENARAI TUGAS
Merancang agenda mesyuarat dan Menyediakan surat panggilan
mesyuarat.
Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.
Mencatat minit mesyuarat .
Menyiapkan laporan / menyediakan minit mesyuarat.
Menguruskan mesyuarat - mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja HEM
Merancang bersama AJK HEM segala aktiviti HEM untuk sepanjang
tahun
Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan HEM
Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua
pihak yang berkenaan mengenai pengurusan HEM
Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan
mengikut perancangan
Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan
HEM dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran HEM
Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun HEM bersama AJK
HEM
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPK HEM
2. AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
A. SENARAI TUGAS
Sebagai Jawatan Kuasa tertinggi Unit HEM, AJK menerima dan
melaksanakan semua keputusan yang ditetapkan oleh Pengurusan
Pentadbiran Sekolah.
Bermesyuarat sekurang - kurangnya 3 kali setahun untuk menentukan,
membincangkan dan memutuskan strategi melaksanakan dasar HEM /
Sahsiah KPM / Keputusan HEM utama yang telah diputuskan oleh
Pengurusan Pentadbiran.
111
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan