Page 10 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TAHUN 2020 SK PARIT
P. 10

1.10.Ibu bapa juga boleh memberi sumbangan dalam apa jua bentuk untuk Laluan
                    PPDa dan Bilik PPDa. Ibu bapa dialu-alukan untuk ke musolla pada setiap pagi

                    Jumaat  untuk  bacaan  yaasin  dan  secara  tidak  langsung  mengisi  markah  per-
                    tandingan surau imarah peringkat negeri


               1.11.Ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap maklumat pendidikan yang terkini.
                    Pemansuhan  peperiksaan  pertengahan  tahun  dan  akhir  tahun  bermula  tahun
                    ini. Namun tetap ada penilaian dilakukan oleh pihak sekolah yang telah dirangka
                    oleh pihak kementerian iaitu PBD (Penilaian Bilik Darjah).
               1.12.Penilaian  Bilik  Darjah  merupakan  pentaksiran  yang  berterusan  dalam  sesi
                    pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  mendapatkan  maklumat  tentang  perkem-
                    bangan,  kemajuan,  kebolehan  dan  pencapaian  murid.  PBD  berlaku  secara
                    formatif  dan  sumatif  sebagai  pembelajaran,  untuk  pembelajaran  dan  tentang
                    pembelajaran. Dengan wujudnya ‘speaking corner’ dapat melatih murid supaya
                    memberanikan diri dan membina keyakinan diri khususnya kepada murid tahap
                    1.
               1.13.Kelas  abad  21  telah  diwujudkan  yang  melibatkan  penyusunan  meja
                    mempengaruhi  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Komuniti  Pem-
                    belajaran Profesional atau dikenali sebagai Professional Learning Communi-
                    ty (PLC) mula diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh nega-
                    ra.  PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keber-
                    hasilan  Utama  Negara  (NKRA)  yang  diperkenalkan  sebagai satu usaha  untuk
                    meningkatkan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  murid-murid  khu-
                    susnya  bagi  memenuhi  keperluan  dan  kehendak  negara  ke  arah  melahirkan
                    generasi  modal  insan  yang  seimbang  dan  berprestasi  tinggi  serta  cintakan
                    negara. PLC dapat melahirkan murid yang lebih berfikir secara kreatif, kritis dan
                    bergiat aktif semasa proses PdP
               1.14.Pada awal tahun ini guru telah mula dicerap oleh pihak PPD untuk memastikan
                    proses PdP berjalan lancar. Murid tahun 1 telah berani bercakap dan menyuara-
                    kan pendapat dalam menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu KBAT

               1.15.Ibu  bapa  berperanan  penting  untuk  memastikan  tiada  keciciran  di  kalangan
                    murid SK Parit. Semua anak wajib hadir ke sekolah. Ada murid yang tidak hadir
                    kerana urusan keluarga. Jika murid yang sama tidak hadir ke sekolah murid ter-
                    sebut berisiko menjadi murid tercicir.


              1.16.  Sukarelawan  di  dalam  kelas  iaitu  SDK  telah  diperkenalkan  mulai  tahun  2013.
                    SDK dibawah eSarana PIBG yang mana PIBG mendapat bantuan komuniti da-
                    ripada ibu bapa mahupun penjaga atau mereka yang berada di sekitar sekolah
                    untuk  turun  padang  membantu  mengikut  kepakaran  masing-masing  dalam
                    meningkatkan prestasi sekolah termasuk akademik, kokurikulum, keselamatan



















                                                                                                               10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15