Page 8 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TAHUN 2020 SK PARIT
P. 8

Hubungan org mukmin dengan orang mukmin seperti binaan bangunan. (hadis)
             Ibu  bapa  perlu  selidik  dulu  jika  ada  aduan  daripada  anak-anak.  Jangan  dengar  dari
             sebelah pihak sahaja. Cendekiawan berkata tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha
             sepahit hempedu. Pelbagai usaha perlu dibuat utk kemenjadian murid. Semua lapisan
             masyarakat juga perlu bersatu padu

             Sebagai ibu bapa perlu refleksikan diri. Apakah memadai menyerahkan tanggugjawab
             yang diserahkan kepada guru? Ibu bapa perlu bertanggungjawab juga di rumah. Kepua-
             san terletak pada usaha bukan kejayaan(Mahatma Gandi)

             Kepimpinan SK Parit perlu memacu kreativiti dan inovasi untuk PdP. Galakkan murid
             berfikir  seperti  yang  terdapat  dalam  PAK  21.  Kita  perlu  berganjak  pada  modul
             pencintaan pelajaran yang mencungkil kreativiti. Mesti berganjak daripada modul hafa-
             lan semata-mata kepada pembelajaran  akal (berfikir).

             Tahniah  SK  Parit  kerana  berjaya  menaikkan  nama  SK  Parit  sehingga  ke  peringkat
             negeri. Walaupun dalam keadaan kesihatan Guru Besar yang tidak bagus, tetapi beliau
             boleh memimpin SK Parit ke arah kejayaan

             EFH  Global  akan  memberikan  sumbangan  RM  1000  untuk  SK  Parit  bagi  membantu
             pihak  sekolah  dalam  pelbagai bidang  diceburi.  EFH  Global  ialah  NGO  ekonomi  yang
             mempunyai  training  academy.  Peluang  yang  diwujudkan  oleh  EFH  Global  untuk  ahli-
             ahlinya ke peringkat antarabangsa. Jihad EFH Global adalah untuk mendidik masyara-
             kat  agar  berjaya  dalam  ekonomi.  Untuk  itu  saya  dengan  ini  merasmikan  Mesyuarat
             Agung PIBG kali ke 44 SK Parit bagi tahun 2019.
















































                                                                                                                8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13