Page 4 - amali ebook_AIMAN
P. 4

TAJUK

                Penentuan frekuensi Jati


                TUJUAN

                Menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan sonometer


                TEORI

                Setiap  objek  mempunyai  frekuensi  getaran  semulajadi.  Frekuensi  sesuatu  gelombang  ialah
                bilangan  ayunan  lengkap  yang  terhasil  dalam  satu  saat.  Manakala,  frekuensi  asli  bermaksud

                sesuatu system yang berayun atau bergetar secara bebas tanpa melibatkan daya luar. Unit bagi
                frekuensi adalah Hz dan rumus umum frekuensi adalah seperti di bawah:




                                                                   =   ƛ


                                                                         =   /ƛ

                di mana:

                       f = frekuensi, v = halaju


                       ƛ = amplitud



                     Sonometer  merupakan  satu alat  yang digunakan  bagi  mengukur frekuensi  resonan
                dengan  menyelaraskan  ketegangan  dan  jisim  wayar.  Penggunaan  sonometer
                membolehkan getaran melintang yang terhasil dari wayar yang diregang dikaji. Arus ulang

                alik yang mengalir melalui gegelung electromagnet akan menghasilkan medan magnet di
                sekeliling  gegelung  dan  apabila  sebaik  sahaja  electromagnet  tersebut  didekatkan  di

                bahagian  tengah  wayar  sonometer.  Maka  wayar  sonometer  akan  ditarik  dan  berayun
                mengikut kitaran kemagnetan elektoromagnet tersebut.  Oleh itu jika frekuensi asli wayar

                sonometer  bersamaan  dengan  frekuensi  arus  ulang  alik  mengalir  melalui  gegelung
                elektromagnet  maka  wayar  sonometer  akan  berayun  dengan  amplitud  yang  paling

                besar yang dikenali sebagai resonans.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9