Page 9 - amali ebook_AIMAN
P. 9
PERBINCANGAN
Penggunaan sonometer dalam eksperimen ini membolehkan getaran melintang yang terhasil dari
wayar yang diregang. Sonometer adalah sebuah alat yang digunakan untuk menunjukkan
hubungan di antara frekuensi sesuatu bunyi yang dihasilkan daripada petikan wayar, ketegangan
wayar dan jisim per unit panjang wyayar tersebut. Hubungan ini disebut sebagai hukum
Mersenne. Berdasarkan keputusan eksperimen yang telah dijalankan, semakin tinggi ketegangan
wayar, semakin tinggi frekuensi arus ulang alik. Keputusan ini sekaligus membuktikan hukum
Mersenne yang ketiga yang menyatakan semakin tinggi ketegangan wayar, semakin tinggi
frekuensi wayar. Maka frekuensi wayar adalah berkadar terus dengan ketegangannya.
Hasil daripada eksperimen yang dijalankan adalah purata wayar yang mencapai amplitud
maksimum bagi jisim beban 1.20kg adalah 0.16m. Pada tahap tersebut, wayar bergetar pada
tahap maksimum menyebabkan kertas yang diletakkan di tengah wayar terjatuh menunjukkan
1
resonans berlaku. Rumus = √ , frekuensi bagi wayar adalah 219.67. Magnitud frekuensi
2
wayar berikut adalah sama dengan frekuensi semulajadi wayar yang menyebabkan berlakunya
resonans. Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung electromagnet akan menghasilkan
medan magnet di sekeliling gegelung dan apabila sebaik sahaja electromagnet tersebut
didekatkan di bahagian tengah wayar sonometer. Maka wayar sonometer akan ditarik dan
berayun mengikut kitaran kemagnetan elektoromagnet tersebut.
Oleh itu jika frekuensi asli wayar sonometer bersamaan dengan frekuensi arus ulang
alik mengalir melalui gegelung elektromagnet maka wayar sonometer akan berayun dengan
amplitud yang paling besar yang dikenali sebagai resonans. Untuk mengetahui resonans
berlaku, secebis kertas diletakkan di bawah dawai sonometer sehingga ianya jatuh
Langkah berjaga-jaga yang perlu diberi perhatian semasa eksperimen ini dijalankan ialah
panjang wayar AB ketika resonans, iaitu 1 cm diambil sebanyak 2 kali dan bacaan purata dikira.
Seterusnya, semua wayar penyambung yang digunakan dalam eksperimen ini perlu diketatkan.
Selain itu, suis bekalan kuasa perlu dimatikan setiap kali suis diambil supaya wayar penyambung
tidak cepat panas kerana suhu ataupun rintangan akan meningkat. Justeru itu juga, kedudukan
mata juga perlulah selari dengan pembaris semasa membuat bacaan bagi mengelakkan
berlakunya ralat paralaks.