Page 14 - FULL MAGAZINE GROUP 1 latest new
P. 14
Kain tenunan Rungus adalah penghasilan yang memerlukan kepe-
kaan terhadap alam semulajadi yang dijadikan sebagai panduan dalam
mereka cipta motif dan hasil dari kepekaan itu maka lahirlah kain yang
dipenuhi dengan berbagai jenis motif sebagai ragam hias pada hasil
tenunan tersebut. Kain Tinongkupan yang dihasilkan untuk membuat
baju tradisi lelaki memiliki motif yang memenuhi kain tersebut dan
penghasilan kain yang amat unik. Motif yang terdapat pada kain tenun-
an Rungus adalah :
Benurunsi – bermotifkan siput dan kerang.
Binongkok – motif bersumberkan imej katak.
Binorokidung – motif tema jejak ular, istilah lain untuk motif ini Rinugad-
ing.
Binugang – motif menyerupai burung.
Binutuan – motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.
Inansal – motif bersumberkan pagar.
Inompuling – motif bersumberkan serampang ikan.
Inugarang – motif menyerupai biawak atau cicak kecil.
Inumpizos – motif menyerupai ulat bulu.
Kinadamazam – motif buah kadamazam.
Kiambang Kiapu – motif bunga kayu.
Kinulit – motif bertemakan kulit pisang.
i
Lijawan – motif paku pakis.
L j
Linimut – bertemakan imej kumbang.
Linopung – motif bersumberkan ular sawa.
Linopung do kisorod – motif seperti ular bersirip.
Livato – motif bersumberkan semangat atau hantu.
Miniyamban – motif bersumberkan bungkusan kuih.
Mitotorungak – motif bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok.
u
g
n
i
u
e
r
–
b
M o s m u n e s m b
Monsimuung – bersumberkan imej semangat atau binatang.
Pinodkimo – bermotifkan kulit tiram.
Sinikuvan – bermotifkan buku benang.
Sinopung – motif bentuk piramid.
Sinubung – motif ukiran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda diten-
gahnya.
Sinusuk rabung – motif pucuk rebung.
Tinikou Sada – motif ekor ikan.
Tiningulun – motif bersumberkan bentuk manusia.
Tinolutug – motif segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou – motif bertemakan burung merak mengigal.
Tinukad – motif bersumberkan tangga.
Vinalahan – motif bunga rotan (vakau).
Vinusak – motif bunga-bunga hutan.
V Vinusak Kapok – motif seperti bunga kapok.
Walau bagaimanapun, Motif ini dikategorikan mengikut 5 kategori antaranya :
1. Berbentuk Orang
2. Berbentuk Semangat atau Hantu
3. Berbentuk Binatang seperti Cicak/Biawak, Katak, Ular
4. Bersumberkan Geometri seperti piramid, tangga, pagar
5. Bersumberkan Tumbuhan seperti bunga, rotan, rabung 14