Page 10 - FULL MAGAZINE GROUP 1 latest new
P. 10
Setiap ruang dalam rumah panjang dipunyai oleh sebuah keluarga
yang terdiri daripada sebuah bilik besar (ongkob), sebuah loteng
( (abai), dapur di dalam bilik, sebuah anjung (dapad), sebuah pelan-
tar (lansang) dan tempat mencuci pinggan mangkuk (salou). Purata
penghuni dalam satu bilik dalam rumah panjang ialah lapan orang
bergantung pada bilangan anak yang terdapat dalam sebuah kelu-
arga. Walaupun rumah panjang kelihatan seperti sebuah rumah
sahaja dengan atap yang tersambung, tetapi di bahagian dalam
rumah tersebut terdapat banyak bilik yang terpisah-pisah
menempatkan setiap satu unit keluarga.
kampung kebudayaan
Momogun Rungus
10