Page 8 - FULL MAGAZINE GROUP 1 latest new
P. 8
PEKERJAAN SUKU KAUM
RUNGUS (DAHULU).
t
a
D i n a
Di antara pekerjaan yang dilakukan
ialah bercucuk-tanam, iaitu menanam
padi, sama ada secara padi huma
(padi bukit) atau padi sawah. Mereka
juga menanam jagung, ubi kayu, tem-
bakau dan sayur-sayuran seperti
cekur manis, bayam, labu, petola,
kekacang, lada dan cili. Juga mena-
k
nam buah-buahan seperti nangka,
terap, pisang, mempelam, kelapa,
bambangan, limau, jambu, rambutan,
nenas, cempedak, langsat dan se-
bagainya. Juga menternak babi, ayam,
kambing, itik, lembu, kerbau dan
angsa. Binatang ternakan ini biasanya
dikorbankan pada masa menyambut
sesuatu perayaan atau ketika mereka
mengadakan upacara tertentu.
Selain itu, memburu binatang dan menangkap ikan
juga merupakan kegiatan ekonomi yang mereka laku-
kan. Di antara binatang yang selalu diburu ialah babi
hutan, kijang atau payau, rusa, seladang, musang, pe-
landuk, keluang, kera dan burung-burung seperti
tekukur, enggang dan sebagainya. Selain bedil yang
dikenali sebagai bakakuk, orang-orang Rungus juga
memburu binatang dengan menggunakan pelbagai
peralatan seperti tombak (billok), jerat (sungkolliw),
perangkap (azup), lembing, buluh sumpitan (mo-
nopuk) dan anjing berburu (magasu). Orang-orang
Rungus menangkap ikan di sungai, tasik, kolam, pa-
di-padi sawah dan muara sungai yang disebut katanga-
ran. Mereka menangkap ikan dengan menggunakan
alat-alat tertentu seperti sisizud, bbangkalla, bubu (b-
bubbu) dan pukat serta rambat. Mereka juga menggu-
nakan tuba (ampalang dan tuvo) untuk mendapatkan
ikan. Pelbagai hasil buatan tangan yang dianyam (vi-
natuw), seperti bakul, raga, nyiru, tikar dan sebagain-
ya, selain kegunaan sendiri, mereka jual juga untuk
menambahkan pendapatan. Begitu juga deng
buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil buruan. Selain
untuk kegunaan sendiri, mereka juga menjualnya di
tamu-tamu (bbaddi / tunan / tutuhunan) atau ditu-
karkan dengan ikan dan pelbagai barang keperluan
lainnya. 8