Page 6 - FULL MAGAZINE GROUP 1 latest new
P. 6
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas
iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala
"gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus
adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar"
. .Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hu-
kum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari
bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluar-
kan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu
Tuhan bangsa Momogun Rungus". Kinoringan bermakna Tuhan Pen-
cipta segala-galany
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu
suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan
berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan,
pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati
mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sar-
awak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus
ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun / Dayak Dusun juga turut di
temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak
Ot-Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa
mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan
Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia. 6