Page 31 - BUKU PENGURUSAN SMKDD1 2018
P. 31

.:: PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM TAHUN 2018  :: ||     27


                     13.7.    Kunci bilik-bilik khas hendaklah disimpan di pejabat.
                     13.8.    Sekiranya  guru-guru  hendak  menyimpan  pendua  kunci  bilik-bilik  tersebut,
                              guru-guru mestilah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
                     13.9.    Guru-guru  penyelaras  bilik-bilik  khas  bertanggungjawab  terhadap  keselamatan
                              sepenuhnya bilik tersebut.

                14.    KEBERSIHAN

                     14.1.    Setiap guru bertanggungjawab memastikan persekitaran  sekolah sentiasa berada
                              dalam keadaan bersih.
                     14.2.    Jadual giliran  bertugas murid-murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan
                              membersihkan  kelas  hendaklah  digunakan  dengan  rapi  dan  disimpan  dengan
                              selamat.
                     14.3.    Guru bilik-bilik khas bertanggungjawab  untuk  memastikan  kebersihan    dan
                              keceriaan bilik-bilik dibawah kawalan masing-masing.
                     14.4.    Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas atau bilik khas
                              sebelum memulakan sesi PdPc.

                15.    URUSAN KE JABATAN PENDIDIKAN / PPD

                     15.1.    Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran
                              Daerah untuk urusan peribadi pada waktu persekolahan.

                16.    PERHIMPUNAN SEKOLAH

                     16.1.    Semua guru dikehendaki menghadiri pehimpunan sekolah pada masa-masa dan
                              hari-hari yang ditetapkan.
                     16.2.    Guru-guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju  kemeja berlengan
                              panjang.
                     16.3.    Guru  betugas  mingguan  /  harian  bertanggungjawab  terhadap  kelancaran
                              perhimpunan. Sistem siaraya  hendaklah sentiasa   dalam keadaan baik.
                     16.4.    Murid yang sakit yang tidak berupaya berdiri lama dalam perhimpunan hendaklah
                              disediakan tempat duduk.
                     16.5.    Semua  pengumuman  hendaklah  ringkas  tetapi  jelas  dan  difahami  oleh  semua
                              murid.

                17.    MESYUARAT GURU / PERKONGSIAN MINDA / DIALOG PRESTASI.

                     17.1.    Mesyuarat  Guru  /  Mesyuarat  Jawatankuasa  /  Dialog  Prestasi  dan  Perkongsian
                              Minda akan diadakan  mengikut Takwim Sekolah.
                     17.2.    Guru-guru    diwajibkan  menghadiri  mesyuarat-mesyuarat  yang  dipanggil  oleh
                              Pengetua  /  Penolong  Kanan  /  Penolong  Kanan  HEM  /  Penolong  Kanan
                              Kokurikulum dan lain-lain  dengan kebenaran Pengetua.
                     17.3.    Kehadiran guru hendaklah dicatatkan di dalam buku dan borang yang disediakan.
                     17.4.    Guru-guru  tidak  dibenarkan  meninggalkan  mesyuarat  tanpa  mendapat
                              kebenaran daripada Pengetua.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36