Page 35 - BUKU PENGURUSAN SMKDD1 2018
P. 35
.:: PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM TAHUN 2018 :: || 31
10.2. Seseorang pegawai yang emolumen dilucutkan di bawah ini hendaklah diberi notis
bertulis mengenai perlucutan tersebut.
10.3. Bagi maksud peraturan ini, perlucutan bukanlah suatu hukuman tatatertib dalam
pengertian peraturan 38.
11. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh jika ia mendapat seseorang pegawai
bersalah kerana melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini dan setelah mengambil kira
seriusnya kesalahan itu mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada
hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan atau lebih.
11.1. Amaran
11.2. Denda
11.3. Lucut Hak Emolumen
11.4. Turun Gaji
11.5. Turun Pangkat
11.6. Buang Kerja
12. Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan
dengan suatu hukuman ke atas pegawai itu di bawah peraturan-Peraturan ini hendaklah
direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan itu dengan menyatakan butir-butir
kesalahan yang dilakukan dalam hukuman yang dikenakan.
13. Tiap-tiap pegawai hendaklah memberitahu kepada Ketua Jabatan alamat kediamannya
atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud
menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di
bawah peraturan-peraturan ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa
perkara yang berhubung dengan peraturan-peraturan ini.