Page 3 - BUKU PROGRAM hacskbb2
P. 3
Sekapur Sirih
ENCIK ZAILANI BIN KARIM
GURU BESAR SK BUKIT BERUNTUNG 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Hari Anugerah
Cemerlang 2019 ini berjaya direalisasikan di SK Bukit Beruntung 2. Objektif majlis yang
diadakan pada setiap tahun ini adalah untuk memberikan penghargaan dan
pengiktirafan serta meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Selain itu, majlis berfungsi sebagai penggerak dan
pemangkin kepada peningkatan prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang telah berjaya memperoleh
prestasi cemerlang.
Kepentingan pendidikan adalah untuk menyediakan generasi akan datang dengan
kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi pelbagai cabaran. Ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan (2013 – 2025) yang menekankan kepada enam aspirasi murid
iaitu, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika
dan kerohanian serta identiti nasional.
Transformasi sistem pendidikan bukanlah satu usaha yang mudah dan pastinya kita akan
menghadapi beberapa cabaran. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan.
Pihak sekolah sentiasa merancang pelbagai usaha untuk menambahbaik dan
meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan sahsiah. Ini selaras dengan matlamat
pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi,
berpengetahuan dan bersatu-padu. Namun, kunci kepada kejayaan tersebut terletak di
tangan murid-murid. Oleh itu, kesungguhan dan kerjasama semua pihak amatlah
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada
seluruh warga SK Bukit Beruntung 2, PIBG serta semua yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini. Saya berharap agar kerjasama yang ditunjukkan terus berkekalan demi
kepentingan pendidikan anak-anak SK Bukit Beruntung 2. Syabas dan tahniah sekali lagi
diucapkan kepada semua murid yang diraikan atas pencapaian yang cemerlang dalam
pelbagai bidang. Moga usaha ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju pada
masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
1