Page 4 - BUKU PROGRAM hacskbb2
P. 4
Sekapur Sirih
ENCIK MUHAMAD HARIRI BIN MANSOR
YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya majlis Hari Anugerah
Cemerlang 2019 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya bagi pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Bukit Beruntung 2 mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke majlis
ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa yang anaknya
diraikan pada hari ini.
Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis yang amat dinanti-nantikan oleh semua
murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah. Majlis ini
juga bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai kejayaan murid yang telah
mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir sekolah dan guru-guru yang telah
menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit ke arah kemenjadian murid-murid SK Bukit
Beruntung 2. Semoga segala usaha murni ini akan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya
di sisi Allah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa bangga dan terima kasih atas
kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam memastikan semua program PIBG dapat
dilaksanakan. Pelbagai program yang dijalankan untuk memajukan sekolah ini sentiasa
mendapat kerjasama padu daripada ibu bapa. Saya mengharapkan kerjasama ini dapat
terus dikekalkan pada masa hadapan. Hubungan baik antara guru dan ibu bapa amat
penting kerana kita saling memerlukan dalam menentukan kejayaan seseorang murid.
Justeru, majlis ini dapat dijadikan medan untuk ibu bapa dan para guru berinteraksi dan
bermuafakat demi mencapai matlamat yang diharapkan.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa Hari Anugerah
Cemerlang SK Bukit Beruntung 2 bagi tahun 2019 dan semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Semoga semua
usaha yang dilakukan dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid demi
mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
2