Page 4 - APRESIASI 2019
P. 4
SEKAPUR SIRIH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
55100 AMPANG SELANGOR
BEA 4615 Tel : 03-92838235
Fax : 03-92837919
Assalamualaikum dan salam Sehati Sejiwa,
Sekalung tahniah saya ucapkan atas kejayaan pihak sekolah menganjurkan Majlis
Apresiasi buat kali ke-22 khusus untuk meraikan murid-murid tingkatan lima dan
murid-murid Pendidikan Khas yang akan menamatkan pembelajaran mereka di sekolah
ini.
Kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja diukur daripada kecemerlangan kurikulum
tetapi dinilai melalui kejayaan melahirkan modal insan yang produktif dan berwibawa
dalam segala bidang kehidupan. Pengalaman yang diperoleh di sekolah merupakan
landasan untuk murid agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.
Semua pihak haruslah bersatu tenaga untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi
merealisasikan matlamat tersebut, komitmen dan kerjasama daripada semua pihak
khususnya ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umum serta pelajar itu sendiri amat
penting.
Sekali lagi, syabas dan terima kasih kepada guru-guru yang menjadi tonggak utama
dalam meneruskan perjuangan membentuk generasi muda yang mempunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif. Tidak dilupakan juga kepada para ibu bapa yang sentiasa
berkorban serta memberikan dorongan dan bimbingan dalam mendidik anak-anak.
Akhir kata, saya berharap semoga pelajar-pelajar akan dapat merebut segala peluang
yang ada untuk memajukan diri dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa
hadapan
Sekian, terima kasih.
TN. SAYED MAZAWIR BIN SYED MUSTAR
YDP PIBG
SMK PANDAN JAYA
Majlis Apresiasi Kali Ke - 22, 2019 4