Page 5 - APRESIASI 2019
P. 5

SEULAS PINANG



                                 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA
                                 55100 AMPANG SELANGOR
                                 BEA 4615                        Tel : 03-92838235
                                                                 Fax : 03-92837919

                    Bismillahirrahmanirrahim
                    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat
                    kita sekali lagi meraikan Hari Graduasi ke-22 Sekolah   Menengah Kebangsaan Pandan
                    Jaya.  Tahniah  dan  syabas  saya  ucapkan  kepada  murid-murid  tingkatan  lima  dan
                    murid-murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya kerana telah

                    berjaya menamatkan zaman persekolahan.

                    Adalah menjadi harapan saya agar murid-murid tidak menjadikan majlis ini sebagai satu
                    titik noktah dalam menimba ilmu, sebaliknya menjadikan majlis ini sebagai dorongan dan
                    semangat untuk terus berusaha menimba ilmu pengetahuan sehingga berjaya mencapai
                    cita-cita agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

                    Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi
                    2019 dan guru-guru atas sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan majlis pada hari
                    ini.  Ucapan  terima  kasih  juga  ditujukan  kepada  para  ibu  bapa  yang  telah  banyak
                    memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan agenda sekolah ini.


                    Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat  Berjaya’ dalam

                    peperiksaan  SPM  kepada  semua  murid  tingkatan  5.  Semoga  segala  yang  telah
                    diusahakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya kejayaan
                    anda adalah kebanggaan kami semua.


                    Sekian, terima kasih.


                    DR. MOHAMAD WIRA BIN IBRAHIM
                    PENGETUA

                    SMK PANDAN JAYA

















                                                   Majlis Apresiasi Kali Ke - 22, 2019                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10