Page 2 - BUKU PROGRAM HARI PENETAPAN TARGET DAN DIALOG PRESTASI 2019
P. 2
PENETAPAN TARGET PPSR 1
Program ini merupakan program khas seiring dengan sarana ibu bapa yang
bertujuan untuk memberi pendedahan tentang format baharu dan terkini kertas
peperiksaan PPSR 2019 di samping menentukan target murid-murid mengikut
pencapaian calon.
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan ujian penilaian yang
dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang
belajar di Tahap 2 sahaja. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan
jayanya maka pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM
Afektif:
Menjadikan program ini sebagai batu loncatan kepada ibu bapa tentang
tanggungjawab dan keprihatinan mereka bagi menjamin kecermerlangan anak-anak
mereka.
Kognitif:
Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat
menghadapi peperiksaan dan kehidupan sebagai murid cemerlang .
Psikomotor:
Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia
melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ibu bapa juga tahu dan
faham kepentingan akademik dan kokurikulum haruslah seiring.