Page 7 - BUKU PROGRAM HARI PENETAPAN TARGET DAN DIALOG PRESTASI 2019
P. 7

6
                                                  PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
                    KOMPONEN 1
                                                  ( PBD )




         PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan

         pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
         kebolehan dan pencapaian murid.


         PBD dilaksanakan dalam semua matapelajaran. Kaedah pentaksiran PBD
         termasuklah kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.






                                                 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI,
                    KOMPONEN 2
                                                 SUKAN DAN KOKURIKULUM ( PAJSK )





          PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan
          penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan

          sukan / permainan. Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal
          murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua

          sekolah.






                    KOMPONEN 3                    PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK ( PPsi)






          Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri,

          atribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif.





                                                  UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH
                    KOMPONEN 4
                                                  RENDAH( UPSR )






           Menguji ataupun mengukur kemahiran menbaca, menulis, mengira dan menaakul.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12