Page 4 - E-BOOK PRAGMATIK
P. 4

1. PETUNJUK KUALITI


                                  Petunjuk kualiti merupakan maksim perbualan yang bersifat betul.
                                   Ianya merujuk kepada bukti-bukti yang diperlukan oleh penutur

                                   dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar.

                                  Bukti-bukti yang kurang mantap akan menyebabkan makna ujaran
                                   yang  diujarkan  kepada  pendengar  kurang  berkesan  dan  kurang
                                   bermakna.

                                  Secara ringkasnya, maksim kualiti adalah merujuk kepada maksim

                                   yang tidak menyebut sesuatu yang difikirkan tidak betul dan tidak

                                   menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.




















                       Sebagai contoh, setelah melihat bilik berselerakan, Siti berkata kepada Aminah, kemasnya

                       bilik ini. Ujaran Siti ini menimbulkan implikatur. Alasan Aminah adalah seperti berikut:
                       Siti  berkata bahawa  bilik itu kemas  sedangkan sebaliknya iaitu  berselerakan. Siti  telah

                       melanggar maksim kualiti dan tentu ada alasan mengapa ia mengatakan sesuatu yang tidak
                       benar.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9