Page 201 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 201
Bab 2 - 162
2.8.6 RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN KES
Jadual 2.110: Rumusan Penemuan Isu Semasa kajian Kes
KOMPONEN/ RUMUSAN PENEMUAN ISU SEMASA KAJIAN KES
KATEGORI
Latar Kuil Hindu di Malaysia telah mula dibina dengan kemasukan orang India pada awal abad
Belakang ke-18. 2 jenis pembangunan kuil iaitu kuil di kawasan perbandaran dan kuil di dalam
estet. Kebanyakan kuil dibina untuk menampung keperluan penganut Hindu ini ketika itu.
Dengan peredaran zaman, penganut Hindu dari estet telah berhijrah keluar dan tapak
yang asalnya estet juga telah dibangunkan.
Terdapat kuil yang dipindahkan dan ada yang dirobohkan. Pembinaan kuil baru telah
berkurangan dan bergantung kepada perezaban tanah untuk rumah ibadat bukan Islam.
Keluasan kuil dalam bandar adalah lebih kecil berbanding dengan kuil di dalam estet.
Kebanyakan kuil adalah dimiliki persatuan kuil atau tanah milik estet. Kuil perlu dibuka
untuk pemujaan setiap hari. Kemampuan sesebuah kuil menggaji sami dan ahli muzik dan
bekerja bergantung kepada sumbangan orang ramai. Hanya kuil-kuil yang mapan menjana
pendapatan melalui penyewaan dan memiliki harta.
Keadaan Pembinaan kuil Hindu adalah dibuat menggunakan ‘Sasthu Satra’ dan ‘agaman’
Semasa pembinaan kuil. Senibina yang dipakai adalah dari India dengan membawa masuk pekerja
dan pengukir dari India. Keperluan seperti Gopuram , Gaarbhgariha dan Vimanam adalah
penting dalam membentuk rumah tuhan ini.
Kebanyakan kuil semasa adalah kuil yang dibina lebih 50 tahun. Pertimbangan untuk
bangunan hijau, lanskap, kemudahan OKU dan sebagainya adalah tambahan ke atas
bangunan ini. Isu kekangan ruang menjadi halangan kepada penyediaan sedemikian.
Susunatur Kuil Hindu mepunyai komponen keagamaan yang perlu dipatuhi. Komponen keagamaan
Penggunaan yang selalu diberi perhatian adalah ‘gopuram’ atas isu ketinggian. Keperluan sebuah kuil
Ruang
Hindu bergantung kepada keluasannya dan aktivitinya, kebiasaan memerlukan dewan
makan, ruang memasak, bilik kelas, kuarters, pejabat, bilik air OKU, ruang meditasi dan
sebagainya .
Penyediaan lanskap juga disediakan tetapi dengan peredaran masa, lanskap dibersihkan
untuk tujuan pembesaran kuil atau penyediaan tempat letak kereta. Perancangan kuil
baru perlu mengambil kira keperluan ini dalam menyediakan kemudahan kuil Hindu yang
komprehensif.
Aksesibiliti Kuil Hindu memerlukan penyertaan dari penganut Hindu setempat untuk menjadikan kuil
itu pusat kerohanian dan kemasyarakatan. Di samping komponen, askesibiliti ke kuil
tersebut memainkan peranan, khususnya dengan rangkaian pengangkutan awam
membolehkan pelajar sekolah dan belia yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri
dapat datang menyertai program di kuil tersebut. Pembentukan pengetahuan agama
adalah penting dalam mendorong lebih ramai penganut memahami dan menghayati
agama. Penyediaan jalan, lampu jalan yang terang, tempat letak kereta yang mencukupi
dan sebagainya memberikan keselesaan serta menggalakkan lebih ramai penganut datang
dengan kerap.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A