Page 9 - BUKU PENGURUSAN SUNLAY 2020
P. 9

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                                               SMK SUNGAI LAYAR 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
                                                            Blog: http://kea3113.1bestarinet.netEmail Sekolah :KEA3113@moe.edu.my











                                   Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar(SMKSL) memulakan

                            pengajiannya pada 1 Disember 1994. Pada waktu itu, SMKSL

                            ditempatkan atau menumpang di Blok F, Sekolah Menengah Ibrahim,
                            Sungai Petani, Kedah.Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan
                            pada sesi petang sahaja.Pada peringkat awal penubuhannya, hanya

                            terdapat 6 kelas tingkatan 1 dengan jumlah pelajar seramai 223
                            orang.Tenaga pengajar pula seramai 13 orang.Pengetua pertama ialah
                            Puan Hajjah Subidah binti Haji Abdul Rahman.

                                   Tanggal 29 November 1995, semua pelajar dan guru menumpang

                            di Sekolah Menengah Ibrahim berpindah ke sekolah atau bangunan baru
                            di Sungai Layar Ujung. Pada peringkat awal, hanya Blok A, B dan C sahaja

                            yang boleh digunakan.Pada waktu itu, SMKSL hanya mempunyai 8 kelas

                            Tingkatan 1 dan 6 kelas Tingkatan 2.

                                   Pada 5 Januari 1996, pendaftaran pelajar Tingkatan 4 bermula.
                            Pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan sekumpulan pelajar Tawaran
                            Khas Jabatan Pendidikan Negeri dari beberapa buah sekolah dalam

                            daerah Kuala Muda Yan.

                                   Mulai tahun berikutnya, SMKSL mencipta nama dalam pelbagai

                            bidang di peringkat daerah dan juga negeri sama ada dalam bidang
                            kurikulum mahupun kokurikulum. SMKSL juga menjadi tuan rumah
                            pelbagai acara baik peringkat daerah mahupun peringkat kebangsaan.

















               4
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14