Page 35 - LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPK KL
P. 35

PTKPN BAHAGIAN C210 | PENGURUSAN BAHAN API DAN PELINCIR









              3.13. TANGGUNGJAWAB PEMANDU (PTKPN BAHAGIAN C210)




                         1.        Pengeluaran kad inden bahanapi kepada pemandu hendaklah mendapat kebenaran dari

                                   Ketua Kenderaan dan hendaklah dicatit di dalam Buku Daftar Keluar Masuk Kad Inden

                                   Bahanapi (Pol 294A) serta menandatangani di ruangan yang disediakan.
                         2.        Memastikan keselamatan kad dipelihara dan nombor PIN tidak didedahkan kepada pihak

                                   ketiga.

                         3.        Menyemak dan memastikan catitan dibuat di dalam Pol 303 dan Pol 203A atau Pol 203B
                                   dan juga Pol 200 Bahagian I.

                         4.        Menyerahkan kad inden dan resit transaksi pembelian bahanapi yang telah ditandatangani

                                   selepas selesai tugas kepada Ketua PMP/Ketua Kenderaan dengan kadar segera.
                         5.        Menyemak dan mengesahkan Penyata Pembelian yang dibuat di bawah nama pemandu

                                   yang berkenaan pada tiap-tiap bulan.

                         6.        Memastikan catitan dibuat ke dalam Buku Saku (Pol 5) pemandu masing- masing bagi

                                   transaksi di para 3.13.1, 3.13.3 dan 3.13.4 di atas.
   30   31   32   33   34   35   36