Page 31 - LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPK KL
P. 31

PTKPN BAHAGIAN C208 | KEMALANGAN MELIBATKAN
       KENDERAAN PASUKAN






              3.1. TINDAKAN PEMANDU (PTKPN BAHAGIAN C208)





                      1.           Apabila sesebuah kenderaan Pasukan terlibat dalam satu kemalangan, pemandu kenderaan
                                   berkenaan dikehendaki mengambil tindakan berikut sekiranya terdaya:-

                                   1.             Menyelamatkan orang yang cedera di dalam kemalangan jalanraya itu;

                                   2.             Dengan segera menanda kedudukan kemalangan dan mengalih kenderaan yang
                                                  terlibat sekiranya kedudukan kenderaannya menghalang perjalanan lalulintas dan

                                                  tiada laluan lain.

                                   3.             Melaporkan kemalangan itu ke Balai Polis yang berdekatan dalam tempoh 24 jam

                                                  mengikut 1 Pekeliling Perbendaharaan, WP 4.2.
                                   4.             Melaporkan dengan segera berita kemalangan dan keadaan kenderaan yang

                                                  rosak dalam kemalangan itu kepada Pegawai Pengangkutan atau mana-mana

                                                  Pegawai Yang Diberi Kuasa yang terdekat untuk menentukan cara membawa balik
                                                  kenderaan tersebut dengan segera, manakala bagi kenderaan konsesi , hendaklah

                                                  memaklumkan kepada pihak konsesi yang berkenaan untuk urusan pembaikan.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36