Page 28 - LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPK KL
P. 28
PTKPN BAHAGIAN C206 | TANGGUNGJAWAB PEMANDU
3.4.MUATAN (PTKPN BAHAGIAN C206)
1. Keselamatan muatan adalah tanggungjawab bersama antara pemandu dan pihak yang
memohon kenderaan. Pengiring-pengiring hendaklah diaturkan jika perlu.
2. Orang awam yang tidak berkenaan adalah tidak dibenarkan menumpang di dalam
kenderaan Pasukan kecuali mendapat kebenaran Pegawai Pemerintah atau Pegawai
Bertugas Pusat Kawalan Formasi. (MCC, CCC dan DCC).
3. Hanya seorang penumpang sahaja dibenarkan duduk di tempat duduk hadapan kenderaan
bagi semua jenis kenderaan Pasukan semasa perjalanan di jalanraya.
4. Tanggungjawab mengangkat dan menyusun barang muatan ke dalam kenderaan adalah
tanggungjawab penumpang atau pemohon kenderaan.