Page 26 - LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPK KL
P. 26
PTKPN BAHAGIAN C206 | TANGGUNGJAWAB PEMANDU
3.2. TANGGUNGJAWAB PEMANDU
(PTKPN BAHAGIAN C206)
1. Setiap pemandu mestilah bertanggungjawab terhadap kenderaan dan peralatan kenderaan
yang diterima.
2. Semasa serah / terima kenderaan, semua peralatan kenderaan hendaklah diperiksa
mengikut senarai yang terdapat di dalam Pol.194 dan Pol.200.
3. Semua peralatan kenderaan hendaklah diperiksa mengikut senarai yang terdapat dalam
Buku Rekod Kenderaan (Pol.200).
4. Memahami Perintah Tetap Bahagian Pengangkutan untuk Pemandu dan Mekanik (Pol 295)
5. Memastikan kenderaan dalam keadaan bersih dan siap siaga.
6. Berpengetahuan tentang keadaan tempat dan jalan-jalan yang hendak dilalui.
7. Sebelum memulakan perjalanan, kenderaan hendaklah diperiksa merangkumi pemeriksaan
pada bahagian badan (luaran), enjin dan peralatan-peralatan tambahan bagi memastikan
tiada kecacatan / kerosakan pada kenderaan tersebut.