Page 29 - LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPK KL
P. 29
PTKPN BAHAGIAN C206 | TANGGUNGJAWAB PEMANDU
3.6. DISIPLIN SEMASA MEMANDU
(PTKPN BAHAGIAN C206)
Pemandu pasukan dikehendaki mematuhi disiplin memandu seperti berikut :-
1. Pemandu dilarang memakai kasut berladam / selipar /capal semasa memandu kenderaan
Pasukan.
2. Tidak dibenarkan merokok dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan
pasukan atau sedang menunggang kenderaan pasukan.
3. Pemandu hendaklah memakai pakaian seragam Polis semasa memandu kenderaan
Pasukan yang berlambang. Pengecualian daripada memakai pakaian seragam adalah diberi
kepada pemandu yang memandu kenderaan tanpa lambang.
4. Dalam keadaan cuaca gelap dan cuaca buruk pemandu digalakkan memasang lampu besar
kenderaan untuk memberitahu kehadirannya di atas jalanraya.
5. Kenderaan Pasukan tidak boleh digunakan jika mana-mana sistem dalam kenderaan itu
tidak berfungsi dan boleh memudaratkan operasinya.