Page 10 - BULETIN JSKM 2019 EDISI 4
P. 10
BULETIN JSKM, EDISI 2019
BENGKEL STEM:”LET’S LEARN INTERACTIVELY “
Oleh: Azlina Mohd Mydin
BENGKEL STEM: “LET’S LEARN INTERACTIVELY” yang bertemakan STEM telah dianjurkan
oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 21 Februari
2019 yang lalu. Program ini merupakan satu program kerjasama antara pihak sekolah SMK Dato’haji
Hassan Noh, B Fit Sports JSKM UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahanan dan pengetahuan dalam pembelajaran secara menarik. Di samping itu, program ini
juga dapat merapatkan hubungan antara UiTM, pihak industri dan pihak sekolah dan merupakan
salah satu langkah pihak JSKM dan B Fit bagi menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek ,emosi dan jasmani terutamanya bagi pelajar
Pendidikan Khas.
Seramai 48 orang pelajar pendidikan khas dan 16 orang guru pendidikan khas turut serta dalam
program ini. Beberapa orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang turut serta menjadi fasilitator
membantu pensyarah-pensyarah dalam menjalankan aktiviti bersama para pelajar SMK Dato’haji
Hassan Noh. Para pelajar UiTM tersebut merupakan wakil Kelab ICTS. Seramai 13 orang pensyarah
komputer dan matematik JSKM turut serta dalam program ini.
Terdapat 2 bentuk aktiviti yang dijalankan iaitu pembelajaran menarik menggunakan komputer
dan pembelajaran metematik melalui permainan. Para pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan utama
dan setiap kumpulan akan mengikuti aktiviti masing-masing untuk tempoh masa tertentu. Secara
keseluruhannya para pelajar dan guru pengiring sangat teruja dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Diharapkan program khidmat masyarakat sebegini dapat memberi peluang kepada UiTM
untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak luar disamping berkongsi kepakaran yang ada.
Disamping itu, diharapkan juga aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid sekolah dalam
subjek sains, teknologi dan matematik
9